Kamis, 07 April 2011

10 Lelaki Idaman Wanita

Berdiri di hadapan cermin, lihat diri anda. Adakah
anda setampan Shah Rukh Khan? Adakah otot-
otot anda segagah Arnold Schwarzenegger?
Dengan ketinggian yang anda ada, mampukah
anda memikat model secantik Nasha Aziz?
Adakah gaji anda cukup lumayan bagi menakluki
hati gadis-gadis jelita untuk dijadikan isteri?
Sambil berdiri di hadapan cermin, tanyakan
soalan ini, “Adakah aku memiliki ciri-ciri lelaki
yang diidamkan wanita? “Kalau masih belum
pasti, di bawah ini adalah 10 lelaki yang paling
dikehendaki oleh kaum Hawa iaitu ….
1. Yang bercita-cita besar untuk menolong orang
lain yang memerlukan, bukannya hidup dilamun
angan-angan dan perlu ditolong.
2. Yang tidak malu berkata; “Saya minta maaf,
sayalah yang bersalah.”
3. Yang dapat melihat pelbagai pengaruh buruk
cuba merosakkan hidupnya tapi tanpa ragu-ragu
berkata ” TIDAK”
4. Yang meletakkan urusan Tuhan melebihi
segala-galanya.
5. Yang membuat sesuatu,misalnya
melaksanakan impiannya, dengan bersungguh-
sungguh dan apabila berjaya, dia menghadiahkan
setinggi-tinggi perhargaan kepada orang-orang
yang membantunya.
6. Yang sentiasa tersenyum, merendah diri dan
mesra dengan sesiapa sahaja tanpa mengira
darjat dan kedudukan.
7. Yang melihat kesilapan diri sendiri sebelum
melihat kesilapan orang lain.
8. Yang sedia mencurahkan wang, masa dan
kebolehannya kepada orang lain tanpa
memikirkan balasan.
9. Yang sentiasa berusaha untuk menjadi contoh
terbaik kepada anak-anaknya daripada hanya
beromong kosong mengenai hal tersebut.
10. Yang membawa anak-anak ke rumah ibadat,
bukannya menghantar mereka ke sana.
Adakah ketampanan, gaji dan otot-otot sasa di
badan anda relevan dengan ciri-ciri di atas?

Tidak ada komentar:

Poskan Komentar

Share it

Amazon MP3 Clips